Thursday, 7 April 2011

Skuad hoki langkah kanan Oleh Hasnira Hassan Tewaskan Wales suntik semangat bertemu New Zealand DUA jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil membolehkan Malaysia meraih kemenangan sulung 2-1 ke atas Wales pada kempen kelayakan hoki di Invercargill, New Zealand semalam, sekali gus mencerahkan kembali peluang negara merebut tempat ke Piala Dunia 2010. Malah, skuad Tai Beng Hai yang kembali bangkit selepas seri kepada Austria, kelmarin, memulakan aksi dengan langkah kanan selepas jaringan padang pemain kelahiran Kangar itu, seawal minit keempat manakala gol kedua menyusul tiga minit sebelum wisel rehat. Gol tunggal lawan dijaringkan Gay Richard menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-51. �Permainan hari ini (semalam) memang lebih baik berbanding kelmarin. Persefahaman pemain kian meningkat, begitu juga pertahanan yang bertambah mantap terutama selepas kita mendahului 2-0 pada babak pertama,� kata penolong pengurus pasukan, M Gopinathan, ketika dihubungi, semalam. �Pemain juga semakin yakin beraksi. Malah, cuaca hari ini agak panas walaupun angin masih kencang.� Kemenangan itu meletak Malaysia yang mengumpul empat mata di tangga ketiga selepas seri 2-2 pada pertemuan awal dengan Austria, kelmarin. New Zealand, ranking kelapan dunia - menang besar ke atas Scotland 8-0 semalam - mendahului dengan kelebihan jaringan selepas berkongsi enam mata bersama China, yang mengatasi Wales 2-1, pada saingan kedua. Sementara itu, Gopinathan membayangkan laluan sukar bertemu pasukan tuan rumah - yang diramal mampu menempah satu tempat ke New Delhi, Februari depan - berdasarkan rekod dua perlawanan ujian sebelum ini yang sekadar seri. Berikutan itu, beliau berharap kemenangan semalam dapat menyuntik semangat pemain berdepan tuan rumah sebelum bertemu Scotland, lusa serta perlawanan penentuan dengan China, Sabtu ini. ----------------------------------------- Bagaimana para forumer ILI melihat peluang pasukan negara utk layak ke Piala Dunia 2010? Seperti yg diketahui, pasukan hoki negara kita ketika era 70-an merupakan lima pasukan hoki terbaik dunia. Kemudian di era 80-an hingga 90-an, sedikit menjunam ke kelompok 10 terbaik dunia dan masih berada di kelompok 5 terbaik Asia.. Namun, masih merosot sedikit hingga ke saat ini pada ranking 16 terbaik dunia dan 10 terbaik Asia. Bagaimanakah peluang negara utk layak ke Piala Dunia? 
0

No comments:

Post a Comment