Thursday, 7 April 2011

Hoki Sukan Komanwel 2010

Perlawanan hoki sukan komanwel 2010 saingan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Major Dhyan Chand lewat malam tadi menyaksikan pasukan negara tewas kepada Pakistan dengan keputusan 4-1 pada perlawanan kedua. Pada perlawanan pertama pasukan hoki malaysia sudah pun tewas di tangan pasukan tuan rumah, India dengan keputusan 3-2. Peluang pasukan hoki negara untuk memperoleh pingat dalam Sukan Komanwel ke-19 nyata tipis.

Commonwealth Games 2010

Sebagai seorang peminat sukan hoki Malaysia sudah tentu memberi sedikit kekecewaan. Saya mengidamkan persembahan seperti sukan Komanwel yang berlangsung di Kuala Lumpur 1998 di mana kita berjaya memenangi pingat perak setelah memberikan satu saingan yang sengit pada pasukan lawan pada perlawanan akhir tersebut. Nama-nama pemain seperti Mirnawan NawawiS.Kuhan,Nor Saiful Zaini Nasiruddin dan lain-lain sudah pasti dingati oleh peminat sukan tanah air. Namun saya difahamkan jurulatih tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan ini? Betul ker?

Saya cuma mengharapkan pemain-pemain yang sedia ada meningkatkan prestasi masing-masing. Namun peranan jurulatih juga sama penting dengan pemain cuma peranan sahaja berbeza. Antara peranan jurulatih agar memastikan pemain mereka sentiasa cemerlang semasa pertandingan adalah:
  •  Memberi latihan jangka panjang. Hanya dengan latihan pemain dapat memperbaiki kelemahan diri dan bermain lebih baik dari masa ke semasa.
  • Memberi bimbingan dan motivasi. Jurulatih sangat memainkan peranan dalam meransang pemikiran pemain agar sentiasa berfikiran positif, tak mudah menyerah kalah dan memberi lebih keyakinan.
  • Mengenali kemahiran,kebolehan dan sikap pemain. Perkara sebegini dapat membantu dalam komunikasi dan hubungan antara pemain dan jurulatih. Ianya mampu menjejaskan prestasi dan penumpuan pemain sekiranya mereka mempunyai masalah hubungan dengan jurulatih.
Walau bagaimanapun saya rasakan perlu ada perubahan di dalam program pembangunan hokiMalaysia. Kita hanya mampu disegani di rantau Asia Tenggara, namun di peringkat Asia dan Duniakita masih lagi terumbang-ambing.

Sekiranya anda mempunyai cadangan/idea bernas dan berisi untuk kemajuan hoki negara, sila kemukakan.

No comments:

Post a Comment